Thursday, October 27, 2011

AWAS KEPADA INSAN BERNAMA LELAKI!!!!!



Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.Lelaki itu adalah meraka yg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.Mereka ialah:

1.AYAHNYA.

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarnya solat,mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat.Tidak cukup kalau dgn memberi kemewahan dunia sahaja.Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

P/S:Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang???
Adakah kau mengajarnya bersolat & menutup aurat????
....Jika tidak ,maka bersedialah menjadi bahan bakar api neraka.



2.SUAMINYA.

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya .Bergaul bebas di pejabat,mamperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram.Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

P/S:Duhai lelaki yg bernama suami,bagaimanakah keadaan isteri tercintamu sekarang???Dimanakah dia ???Bagaimanakah akhlaknya???Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at,maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.


3.ABANG-ABANGNYA.

Apabila ayahnya sdh tiada .tanggungjawabkan menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang2nya dan saudara lelakinya.Jikalau meraka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran agama Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


P/S:Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan ,jgn hnya menjaga amalmu,dan jgn ingat kau terlepas....kau akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat ....dan tidak menutup aurat.



4.ANAK2 LELAKINYA.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam.Bila ibu membuat kemungkaran ,memgumpat ,memfitnah,mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak..dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

P/S:Duhai anak2 lelaki...sayangilah ibumu...nasihati dia jika tersalah atau terlupa...krn ibu juga insan biasa ...x terlepas dr melakukan dosa...selamatknlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka..jika tidak,kau juga akan ditarik menjadi penemannya.


Lihatlah .....
betapa hebatnya tarikan wanita buakn sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya pun begitu hebat.Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.Firman ALLAH S.W.T.:"Hai anak Adam,peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia ,jin dan batu-batu..."..!!!!!!



No comments: