Friday, June 22, 2012

SI DZATUN NITHAQIN YANG BERANI...♥♥♥

Gambar sekadar hiasan sahaja.


akhi n ukhtii sekalian...
entri ini sy publish utk mnjawab semua soalan mengenai nama FACEBOOK sy... artikel ni sy dpt dri Majalah I Luv Islam(Edisi 2010).. Dzatun Nithaqin or Dzatun Nithaqian???
sy pun x tau mana satu yg btul..tpiiii...dlm artikel I Luv Islam dia tulis Dzatun Nithaqin...so ,sy follow ja la...hihi..^_^
SELAMAT MEMBACA~!

____________________________________________________________________________
Asma Binti Abu Bakar As-Siddiq merupakan seorang wanita muhajir yang sangat mulia,panjang akalnya,dan mempunyai semangat juang yang sangat tinggi.Beliau dilahirkan pada tahun 27 sebelum Hijrah dan merupakan saudara kepada Aisyah Ummul Mukminin yakni isteri Rasulullah SAW serta digelar Dzatun NithaQin yang bermaksud si empunya dua ikatan pinggang.




~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~




Beliau mendapat gelaran tersebut apabila beliau mengambil ikatan pinggangnya dan mengoyakkannya kepada dua.Salah satu daripada ikat pinggangnya itu digunakan untuk menbungkus bekalan makanan kepada Rasullulah SAW dan selebihnya digunakan sebagai pembungkus qirbah pada waktu malam yakni bermaksud tempat simpanan air yang diperbuat dari kulit kambing ketika Rasulullah SAW dan ayahnya Abu Bakar As-Siddiq keluar menuju ke gua.Sejak dari peristiwa itu ,Rasulullah mendoakan beliau agar digantikan tali pinggang tersebut dengan yang lebih baik dan lebih indah di syurga kelak.
Amin.







~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~






Di suatu hari,ketika berhijrah bersama Rasulullah SAW ,Abu Bakar As-Siddiq r.a membawa kesemua hartanya yang berjumlah besar dan tidak ditinggalkan kepada anaknya Asma.




Lalu datang datuknya Abu Quhafah seorang yang buta kepada Asma dan berkata "Demi Allah, sesungguhnya aku melihat dia telah menyusahkan kau dengan hartanya sebagaimana dia telah menyusahkan kau dengan dirinya".Lantas Asma menjawab "Sekali-kali tidak wahai datukku,beliau telah meninggalkan kebaikkan yang banyak untuk kita".







~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~



Bagi menyena
ngkan hati datuknya, Asma mengambil batu-batu kerikil dan diletakkan di lubang angin,tempat ayahnya pernah meletakkan wang.Kemudian ditutupnya dengan selembar baju.Selepas itu, Asma memegang tangan datuknya dan berkata "Letakkan tangan datuk di atas wang ini".Lalu Abu Quhafah melatakkan tangannya di ataz batu tersebut dan berkata "Tidak mengapa jika dia meninggalkan ini,maka dia telah berbuat baik".Begitulah tindakan Asma yang sangat ingin menjaga hati datuknya dan ini menunjukkan bahawa besarnya perhatian beliau terhadap dakwah dan kepentingan kaum Muslimin.




~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~






Semasa bernikah dengan Az-Zubair Ibnu Awwam ,Asma tidak mempunyai harta atau hamba melainkan kudanya sahaja.Oleh itu,Dijaga kuda itu dengan memberi makan dan minum seperti biji kurma yang ditumbuk dan adunan roti yang mencukupi.




Walaupun Zubair seorang yang miskin dan tidak dapat menyediakan apa-apa,namun Asma sedikit pun tidak mengeluh dengan keadaan meraka ketika itu.Beliau tetap menjalankan kewajipannya sebagai seorang isteri ketika suaminya sibuk menjalankan amanah yang diperintahkan oleh Rasulullah kepadanya.


~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~




Keberanian Asma menonjol apabila beliau menyertai Perang Yarmuk bersama suaminya.Dibawanya bersama sebilah belati dalam pasukan Said Bin Ash lalu diletakkannya di lengan baju.Apabila ditanya oleh Said mengapa beliau meletakkan belati tersebut di tangan ,lalu Asma menjawab "Jika terdapat pencuri datang kepadaku ,maka akan aku tusuk perutnya menggunakan belati ini".

~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~




Bukan itu sahaja,beliau juga turut menyampaikan berita-berita penting tentang rencana pihak musuh terhadap kaum muslimin.Walaupun ketika itu Asma sedang sarat mengandung puteranya Abdullah Bin Zubair ,namun beliau tetap mengambil juga peranan yang berisiko tinggi. Bukan sahaja nyawanya menjadi taruhan,malah lebih daripada itu.







~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~




Walaupun kelahiran Abdullah dihambat dengan pelbagai rintangan dan cabaran semasa perjalanan mereka berhijrah ke Madinah, namun kelahiran anak pasangan ini tetap disambut dengan penuh kesyukuran dan Abdullah merupakan bayi pertama dilahirkan di Madinah pada ketika itu.







~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~







Didikan dan keperibadian Abdullah dibentuk.Beliau saling tidak tumpah seperti ibunya yang sangat memahami peranan dalam melahirkan generasi yang berkualiti dan cinta pada Allah SWT dan Rasul-Nya .Beliau juga merupakan generasi yang bersiap sedia untuk berjuang dan membela bendera Islam dan kalimah La ilaha illallah Muhammad Rasulullah.



~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~





Abdullah syahid di tangan musuhnya Al-Hajjaj ketika Matahari terbenam ,beliau kembali kerana mengutamakan redha dari Allah SWT dan juga ibunya yang beriman .Az-Zubair pula syahid dibunuh oleh Amru Bin Jarmuz Al-Mujasyi'i di Wadi As-Siba'.







~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~




Manakala,Asma wafat di Makkah ketika beliau berusia 100 tahun .Namun ,dirinya tetap sempurna seperti ketika beliau hidup.Semoga Allah SWT meredhai kedua-dua hamba-Nya .Asma r.a sanggup mengambil risiko walaupun beliau menjadi taruhan nyawa semata-mata untuk menegakkan syiar Islam.







~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~

2 comments:

Abey Mirul said...

Salah satu watak yang memainkan peranan penting dalam perjuangan Islam. Subhanallah. :)

#salam perkenalan.

Anonymous said...

terbaekkk lah gendut.