Monday, March 18, 2013

Tips Nak Ambil Result SPM ^_^

Bismillah . . 21 Mac 2013(K H A M I S), Merupakan detik-detik yang dinantikan hampir
472,541 orang Calon Sijil Pelajaran Malaysia 2012. Pada tarikh tersebut, keputusan SPM

2012 akan diumumkan . .Huhu . . Takut la ~ Aku salah seorang calon SPM 2012 terasa

debarannya. Enda tahu dapat berapa A . . SPM amat ditakuti oleh kebanyakan pelajaran

kerana SPM akan menentukan keputusan seseorang individu. Jadi, ak mau kongsikan tips-tips

sebelum mengambil keputusan SPM. Moga bermanfaat !



Tips-tipsnya :-D

1. Sebelum keluar rumah minta maaf dari ibu bapa korang. Salam diorang dan minta supaya mereka doakan korang dapat keputusan yang baik.


2. Sentiasa berselawat dan berzikir supaya hati kita tenang dan akan bersyukur keputusannya nanti.



3. Kalau boleh tu datang awal. Bukan apa nanti kalau korang terlewat korang sorang-sorang yang kena ambil. Tak ketakutnya namanya tu. Sekurang-kurang kalau datang awal boleh la ambil dengan kawan-kawan yang lain.



4. Perut korang kene diisi dengan makanan ok. Buat korang dapat keputusan teruk ini boleh mengelakkan korang supaya tidak pengsan kerana terkejut.(Tapi kalau yg puasa sunat hari tu jgn lupa makan sahur ar)


5. Jangan gelojoh nak ambil result. Jumpalah guru-guru dulu, rakan-rakan yang dah lama tak berjumpa lepas habis sekolah dulu. Minta maaf dari mereka sama.



6. Ambil keputusan dengan tenang. Jangan tunjuk muka korang yang tengah gelabah tu ok



7. Banyakkan berdoa supaya Allah akan memberikan keputusan korang dengan baik.



8. Sesudah dapat result, ucapkan perkataan Alhamdulillah kalau keputusan korang baik dan kalau keputusan korang kurang baik, baliklah rumah dan tenangkan diri. Anggap itu bukan rezeki korang.








Ok..itu sja la utk hari ini...

Doakan la aku ya...sahabat2ku jgk..;D







#Still Pray For Sabah...
#Sabah For Sabahans Only.. !

21 M A C ?

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸ALLAH ♥ :*)

❀♥Salam Penuh Ketenangan♥❀
        ❀♥*Mawar Sharkina*♥❀
               ✿✿ ♥•RS•♥ ✿✿

No comments: