Tuesday, June 25, 2013

TATAP PRA-U 2013/2014


Fuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhh.....

Tiup dulu ni blog,banyak sudah habuk nya...1 Inci sudah kale'...hehe

Lama sudah enda update ni blog...Rindu pula...Adeyyy...:P

Alhamdulilah,ada jua masa ni hari tuk update blog.....

 

Oh ya...berbalik kepada title kita...pasal form 6...

 

Mula2 tu ak cek d Internet tawaran f.6....sekali ak cek,punya main terkejut...aku dapat ALIRAN SAINS...oh mak engkau...enda ku sangka2 bule dapat sains...ak bukan nya pro sains2 ni...hehe.. Lepas tu cek tuk kwn ku pula...c Ija...dia dapat aliran kemanusiaan...punya sedih,enda sama aliran kami... dan yang paling bikin sedih n kaciwa ...kami enda dapat sekolah yang sama ,dia SEKUTU aku SEMEKAR....:'(

Biar la enda sama sklh ..hehe...enda apa yg penting kami tatap kawan bah...:)




Bah,sehari sebelum mendaftar tu ...baru la ak sibuk beli itu ini,buat itu ini....itu ini begitu begini la...hihi

Ak juz beli baju sekolah ,tudung n kasut ja coz kain hitam sdh ada...kain PRS ...hehe...jimat2 bah kunun...:P

 

8 MEI 2013(RABU)

Tiba la hari yg d tunggu2..(kunun la)

Pagi2 tu brsiap tuk pgi SEMEKAR...

lebih kurang jam 9.15 pagi ak sampai d sklh tu...(bukan nya jauh pun)..

Mula2 ak sampai memang sakai2 la...enda tau apa2 ni...blur bah -_- .

Nasib ada c Yunhee n mama nya... klau enda mmg ak sesat la...haha

 

Lepas tu mendaftar la kami d bilik B1 kale' tu...mcm bilik mesyuarat..

Tunjuk surat tawaran,IC n so on la..

Lepas tu pg belakang ambil gambar n beli nametag.... n pg koperasi lgi beli fail...Selesai semua tu kami duduk dengar taklimat sikit2 pasal f.6 ,disiplin n peraturan2 d sklh tu la...

Ok,lebih kurang jam 12.30...kami pun kana halau d suruh pulang rumah...haha..kana halau lgi tu... Yeah!!! dapat jua pulang rumah... Tapi besuk pgi sklh lgi..:(

Selama 2 Minggu kami Orentasi...best jua...duduk d Bilik Kuliah n dgr ckgu2 brcakap ja..




.................................................................................................................................................................................

PENGAJIAN AM

BIOLOGI

KIMIA

MATEMATIK TULEN

SAINS SUKAN

 

 

tu la subjek yg ak ambil nanti STPM... 5 ja tambah MUET lgi... banyak kan...biar la tu...

Tapi ak rasa bagus lgi aliran kemanusiaan senang lagi...kami ni sains2 ni trip2 ja pro..tapi enda pro pun.. kadang2 result budak2 kemanusiaan lgi MELETOP dri budak sains.. Tahniah la siapa yg dapat kemanusiaan tu..:)

Kamu harus bersyukur...adeyyy :P

Bah,apa lgi mau d cerita ni...

Oh ya, pasal kelas ku 6 SIGMA LESTARI(SL) ataupun maksud lainnya 6 SKEMA LAH(SL)...hehe
sampai ckgu Ruddin pun enda mau ajar kami PA..sbb kami skema dia bilang..dia buat lawak kami enda ketawa...apa bule buat,klas kami skit ja orang nya...yg bnyk pun ah chai2..durang enda paham lawak ckgu bah itu... kami ni lambat loading kale' ar...hehe

Skrg,ckgu Wan yg ajar PA...best jua la banyak info yg kami dpat...

 

Cikgu Theresa pula,ajar kami Bio...

Ckgu ni ok,mcm budak2 bule buat kawan la...hehe..Bio mcm silibus f.5 jua cuma ada pnambahan skit...ok la tu...:)

 

Untuk Kimia pun..ckgu Henfin.... KAMI TANYA,DIA JAWAB...itu ja...hehe

Pure math pula ckgu Lee...ckgu ni baik,dia mgajar pun ak pham...biarpun enda 100% ak dapat...tapi bule la diterima...:)

 

Cikgu Rosly ...ckgu yg paling sempoi...

Liau...kau mengajau sgt bagus liau... ajau kami sains sukan....mmg bahasa dia "ajau, liau" biasa dgr time dia mgajar...

 

MUET pula ckgu yg comel,cute n cntik...Madam Dahlia... dalam klas MUET msti cakap BI (BM not allowed) n wajib bawa kamus...klau enda kau ambil la penyapu...sapu tu koridor... on the floor @#$*())(*&$@

 

 

Erm,aku tau mmg ramai yang enda suka PRA-U atau lebih dikenali sebagai f.6 kan sebab pakai uniform sekolah kan...

ak pun mula2 enda suka jua...tapi klau dipikir balik...

Darjah 1 sampai la tingkatan 5 kita pkai baju uniform jua kn...lama jua tu 11 TAHUN....enda kan la kita enda bule bertahan n berkorban selama 1 TAHUN 6 BULAN untuk pkai baju uniform tu kan...think positive bebeh *_*


Setelah lama ak f.6 ni datang pula tawaran dri UPM & POLITEKNIK....

Of coz ,ak tolak sbb ak tau f.6 ada la plihan terbaik....first come,first serve bah..(ada kaitan ka?) Aku bukannya menolak rezeki...tapi erm... biar la tu... F.6 ni jimat bah...enda jua membebankn family ku... klau ak masuk UPM or POLITEKNIK confirm ada benda alah PTPTN....itu yg ak enda mau tu...kesannya dlm masa yg panjang... Tunggu la tawaran yg lebih bagus lagi..peace :)

Tawaran POLITEKNIK
Tawaran UPM





Lagipun ak aliran sains enda banyak saingan n masuk U pun senang ..dapat pointer 2.7 ...bule la masuk U sdh (kau pkir senang ka dpt pointer 2.7....berusaha la bah...hihi)



Bah,ok la ar...sampai sini ja...ada Homework Assignment MUET & karangan PA...tata titi tutu....:)

SEKALI AKU KE HADAPAN,AKU ENDA KAN REVERSE LAGI !!!



╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸ALLAH ♥ :*)

❀♥Salam Penuh Ketenangan♥❀
❀♥*Mawar Sharkina*♥❀
✿✿ ♥•RS•♥ ✿✿

© Original Blog©

 

 

Tuesday, April 23, 2013

IPG ,MATRIKULASI DIPLOMA ATAU TINGKATAN ENAM ?

Saya berhasrat menyentuh empat yang utama terlebih dahulu: IPG, Matrikulasi, Tingkatan Enam dan Diploma.


Ya, tidak dapat dinafikan apabila terlihat betapa rumitnya sistem meritokrasi sehinggakan kita mempunyai banyak pilihan untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM. Tetapi harus diingatkan, kerana rumitnya sistem meritokrasi negara juga, tidak semua akan terpilih mengikuti KPLSPM, tidak semua akan dapat mengikuti program matrikulasi dan tidak semua terpilih untuk mengikuti program Diploma/Asasi/Matrikulasi di bawah kemasukan ke IPTA melalui program UPU.


Kerana itu pencapaian amat penting. Pencapaian dalam akademik SPM-lah sebenarnya yang menentukan kelayakan kita di mana. Setiap satu takah pra-ijazah memerlukan syarat-syarat tertentu, disediakan untuk orang yang tertentu, dengan bidang yang tertentu, malah kekosongan petempatan juga ada hadnya.



Kita selalunya dipengaruhi oleh keputusan keluarga, ibu bapa terutamanya yang gemar melorongkan anak-anak mereka ke bidang atau saluran tertentu. Bagi ibu bapa yang kurang membuat research, dalam fikiran mereka, "anak-anak aku harus masuk U". Ditambah pula dengan keputusan yang anda dapat, sederhana cemerlang atau terlampau cemerlang, pada hakikat mereka anak-anak mereka harus masuk universiti.




Kurang pendedahan dan kurang pengetahuan juga menyukarkan membuat pilihan. Ditambah pula dengan faktor keputusan SPM yang dijadikan tiket untuk ke program pra-ijazah. Dan kecelaruan minat dalam diri pelajar.




Semua ini menambahkan kekeliruan untuk memilih haluan selepas SPM.


Berfikir Secara Ijazah Pertama


Satu perkara yang mungkin tidak difahami sesetengah pelajar ialah tingkat pendidikan selepas SPM. Tanggapan atau stigma bahawa selepas sekolah masuk universiti/kolej adalah satu tanggapan yang perlu diperbetulkan. Ini semua tidak semestinya.




Seperti yang dikatakan, disebabkan rumitnya sistem meritokrasi negara, sebelum ke ijazah pertama, pelajar harus memilih program pra-ijazah mereka (sama ada Matrikulasi, Form 6 ataupun Diploma).




Kerana itu bagi saya apa yang paling anda tahu apa yang anda minati. Memilih bidang terlebih dahulu, bukan memilih kerjaya. Saya selalu mengingatkan kepada sesiapa bertanyakan hal laluan pendidikan kepada saya; betapa penting pada usia anda 15 tahun, cita-cita sangat penting. Kerana dengan cita-cita anda itulah menjadi panduan untuk memilih aliran ketika di Tingkatan Empat dan menjadi panduan untuk anda ke program yang mana selepas SPM.


Keputusan PMR dan SPM hanyalah sandaran. Utamakan minat (bidang dan cita-cita), kedua, baru anda pertimbangkan berdasarkan keputusan peperiksaan.




Terlalu banyak pilihan bidang dan takut jika apa yang diminat tidak dapat dipenuhi keputusan peperiksaan? Jangan risau. Dalam hal ini kita boleh meletakkan minat dalam opsyen tertentu.


Contohnya anda minat Medic. Tetapi dalam masa yang sama anda juga minat Psikologi. Nah, letakkanlah Medic sebagai 1st option, Psikologi sebagai 2nd option. Tetapi dalam banyak hal, utamakan dahulu opsyen yang pertama, opsyen kedua sebagai back-up sahaja, jika opsyen pertama tidak tercapai. Atau dalam alternatif lain, boleh juga anda letakkan opsyen pertama sebagai pilihan anda sendiri dan opsyen kedua sebagai pilihan keluarga. Terpulanglah.




Atau juga anda mempunyai banyak bidang yang anda suka. Contohnya anda menggemari bidang Linguistik, Psikologi dan Perakaunan. Susunlah mengikut keutamaan opsyen. Linguistik sebagai 1st option, Psikologi sebagai 2nd option dan Perakaunan sebagai 3rd option.


Terpulang. Utamakan yang lebih utama. Tetapi pokoknya, utamakan minat anda sendiri. Ketepikan dahulu soal glamor.


Kemudian baru anda nilai keseuaian minat berdasarkan keputusan SPM yang anda dapat.




Untuk menentukan minat dan kursus apa yang anda akan ambil, terlebih dahulu tentukan dulu program ijazah pertama yang anda mahu sertai nanti.


Konsepnya; pilih atas, baru pilih bawah. Seperti yang dikatakan setiap takah program pra-ijazah disediakan untuk bidang tertentu.





 
Jom saya ajak anda telusuri pro dan kons setiap satu program pra-ijazah. Berdasarkan carta di atas, saya tidak akan menyentuh program STAM (kerana tidak ramai yang ambil STAM saya kira) dan program persediaan Ijazah Luar Negara JPA/MARA (kerana kebanyakan disertai pelajar cemerlang 10, 11 A).
Juga tidak banyak yang dapat diceritakan tentang kursus perguruan. Kerana memang diketahui, bidangnya sudah jelas; perguruan dan program 5 tahun perguruan sudah merangkumi Ijazah Pertama, sebenarnya. Laluan ke bidang kerja juga mudah. Jikalau anda mahu menjadi seorang guru dengan nekadnya, PISMP melalui IPG jalan terbaik, dengan syarat lepas temu duga dan ujian INSAK.

Kelebihan Tingkatan Enam
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, antaranya adalah;
STPM diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.

Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas itu sudah baik. Pointer yang diperlukan bagi STPM bagi kegunaan kemasukan ke ijazah pertama juga lebih rendah berbanding kursus Matrikulasi, Diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti.
Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung kepada subjek.
Sastera pun susah, sains pun susah. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia! Entahlah tetapi kualiti sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang. Maksudnya anda boleh cuba minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan.
Taraf Sijil STPM
Setiap subjek lulus prinsipal akan mendapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK. Taraf A-Level ni sangat tinggi, diploma pun belum bertaraf A-Level, STPM sudah mendahului. Taraf soalannya juga sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level, peperiksaan yang disediakan di Britain untuk pelajar mereka bagi kemasukan ke luar negara.
Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM- Junior Cambrige. Ada juga disamakan dengan High School Certificate(HSC) dan High School Diploma di US. STPM sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di IPTA kita. Lagi satu sijil STPM laku juga di luar negara dan boleh digunakan untuk bekerja dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia.
Pembelajaran Di Tingkatan 6
Subjek dalam STPM mempunyai ruang lingkup yang sangat luas, menuntut kesabaran dan lebih praktikal.
Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insya-Allah pasti berjaya kelak.
Selaraslah dengan kerajaan mahu menjadikan atau menjenamakan semula Tingkatan Enam seperti yang diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Tingkatan Enam meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran dan cara belajar.
Sukatan Pelajaran
Tingkatan Enam kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.
Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh guru Tingkatan Enam yang pakar dalam bidangnya.
Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.
(sumber untuk Tingkatan Enam kebanyakan diambil dan diubahsuai daripada eputra.com )

Program Matrikulasi dan Asasi
Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT) dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 425 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 375 untuk jurusan Perakaunan (PST). Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah.
Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati.
Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong'.

Dan perlu diketahui juga, silibus yang akan anda pelajari di matrikulasi adalah lebih terhad berbanding silibus STPM. Misalnya jika STPM akan belajar dari A hingga F, maka di matrikulasi anda akan belajar dari A hingga C.

Asasi IPTA
Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains.
Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.



Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Diploma ke IPTA Melalui UPU
Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu.
Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda ?
Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.
Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.


Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.
Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.
Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.
Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.
Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.
Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.
Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang.

Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu.

Pada peringkat ini anda seharusnya telah mengenal diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing. Perkara yang paling penting adalah tajdidkan semula niat anda untuk belajar kerana Allah!

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka."

[HR Tarmizi]
 
 
 
Sumber:Salju Ketenangan
╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸ALLAH ♥ :*)
❀♥Salam Penuh Ketenangan♥❀
     ❀♥*Mawar Sharkina*♥❀
           ✿✿ ♥•RS•♥ ✿✿

Monday, March 18, 2013

Tips Nak Ambil Result SPM ^_^

Bismillah . . 21 Mac 2013(K H A M I S), Merupakan detik-detik yang dinantikan hampir
472,541 orang Calon Sijil Pelajaran Malaysia 2012. Pada tarikh tersebut, keputusan SPM

2012 akan diumumkan . .Huhu . . Takut la ~ Aku salah seorang calon SPM 2012 terasa

debarannya. Enda tahu dapat berapa A . . SPM amat ditakuti oleh kebanyakan pelajaran

kerana SPM akan menentukan keputusan seseorang individu. Jadi, ak mau kongsikan tips-tips

sebelum mengambil keputusan SPM. Moga bermanfaat !



Tips-tipsnya :-D

1. Sebelum keluar rumah minta maaf dari ibu bapa korang. Salam diorang dan minta supaya mereka doakan korang dapat keputusan yang baik.


2. Sentiasa berselawat dan berzikir supaya hati kita tenang dan akan bersyukur keputusannya nanti.



3. Kalau boleh tu datang awal. Bukan apa nanti kalau korang terlewat korang sorang-sorang yang kena ambil. Tak ketakutnya namanya tu. Sekurang-kurang kalau datang awal boleh la ambil dengan kawan-kawan yang lain.



4. Perut korang kene diisi dengan makanan ok. Buat korang dapat keputusan teruk ini boleh mengelakkan korang supaya tidak pengsan kerana terkejut.(Tapi kalau yg puasa sunat hari tu jgn lupa makan sahur ar)


5. Jangan gelojoh nak ambil result. Jumpalah guru-guru dulu, rakan-rakan yang dah lama tak berjumpa lepas habis sekolah dulu. Minta maaf dari mereka sama.



6. Ambil keputusan dengan tenang. Jangan tunjuk muka korang yang tengah gelabah tu ok



7. Banyakkan berdoa supaya Allah akan memberikan keputusan korang dengan baik.



8. Sesudah dapat result, ucapkan perkataan Alhamdulillah kalau keputusan korang baik dan kalau keputusan korang kurang baik, baliklah rumah dan tenangkan diri. Anggap itu bukan rezeki korang.








Ok..itu sja la utk hari ini...

Doakan la aku ya...sahabat2ku jgk..;D







#Still Pray For Sabah...
#Sabah For Sabahans Only.. !

21 M A C ?

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸ALLAH ♥ :*)

❀♥Salam Penuh Ketenangan♥❀
        ❀♥*Mawar Sharkina*♥❀
               ✿✿ ♥•RS•♥ ✿✿

Saturday, March 16, 2013

PETUA PEMUDA UNTUK MERAWAT SAKIT KEPALA

Urmmm...:(

Arghhhh...:D

Erk..:-/


Semenjak dua menjak tiga menjak ni , macam-macam perasaan yang aku rasa.

TIDAK SABAR

GEMBIRA

TAKUT

Sebab Result SPM semakin menghampiri....


ARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR......


Mesti sekarang ni ramai yg pening , sakit kepala n migrain kan kan

kan ? (KECUALI AKU..HAHA)


Ok ok...hari ni aku mau share tips untuk mengatasi masalah sakit kepala , pening , migrain dan yang seangkatan dengan nya..Tips nya MUDAH dan SENANG untuk diamalkan..
Baca la di bawah ni.



+pening


Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala ♥


1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)


2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)


3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)


4.baca Surah Al-Falaq (1kali)


5. Baca Surah An-Nas (1kali)


6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)


7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)




N O T A   P E N T I N G :
Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit. In Shaa ALLAH ,atas Izin ALLAH sakit dapat dikurangkan dan dihilangkan..*_*




#Still Pray For Sabah...
#Sabah For Sabahans Only.. !

21 M A C ?

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸ALLAH ♥ :*)

❀♥Salam Penuh Ketenangan♥❀
    ❀♥*Mawar Sharkina*♥❀
         ✿✿ ♥•RS•♥ ✿✿

Tuesday, March 12, 2013

# Save Our PINJARAM

Hai hai....
Apa macam kamu urang, sihat ka ?
Kalau sihat bagus la..:)
Kalau enda sihat..enda apa itu Ujian daripada ALLAH untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita.
Untungkan..:)
Dan,kamu yg enda sihat tu makan la ubat bah..
Sesungguhnya ubat itu sbgai ikhtihar sahaja, bukannya ubat  tu yg menyembuhkan penyakit..
TETAPI atas izin ALLAH la penyakit itu bule sembuh...
Kalau kamu enda suka makan UBAT ,bagus kamu makan kuih PINJARAM...
Haha..
Naa kn terpengaruh sdh ak oleh Admin page Ni Kali Lah balik2 juga dia cakap pasal kuih PINJARAM...

Admin page tu ada post pasal PINJARAM..
Menarik pula postnya tu...
(tiba-tiba ada idea mau buat entri pasal PINJARAM)




Ni na post yg ak bilang tadi tu...
Lucu bah post ni...ketawa ja ak...
APA KAITAN PEREMPUAN DENGAN KUIH PINJARAM AH ?


Naa..kamu lelaki sebelum perempuan jadi ganas macam SINGA ,
bagus kamu kasi sedia kuih PINJARAM awal2..haha


APA ???
KAMU ENDA PANDAI BUAT KUIH PINJARAM ??? (TIBA-TIBA)
Bah, mari aku ajar kamu cara-cara buat kuih PINJARAM..

First2 sekali kamu mesti la tahu bahan-bahan nya kan...
Bahan-bahan nya senang ja...semua ada jual di kedai..
Di Milimewa pun ada juga...haha

BAHAN-BAHANNYA:
1 bungkus tepung beras
1/2 kg tepung gandum
1/2 kg gula pasir
200 gm gula melaka
500 ml air sejuk
Minyak untuk menggoreng

Naa kan, sudah aku bilang bahan-bahan nya senang ja mau cari..
Ok, next ..apa macam kita mau buat kuih PINJARAM ni..



CARA MENYEDIA­KANNYA:


 





 

1) Ayak tepung beras bersama tepung gandum sehingga halus.
2) Masukkan gula pasir dan gaul rata.
3) Masukkan gula melaka yang sudah dibancuh dengan air dan tapis.


Step 6
4)Gaul bersama tepung tadi.Gaul sebati ar.
5) Biarkan selama 6 hingga 8 jam barulah digoreng.
6)Sebelum goreng pastikan minyak dalam kuali tu panas dan jangan guna minyak terlalu banyak(guna sikit ja)
7)Kalau kamu rasa kuih PINJARAM tu masak sdh..apa lagi angkat la bah kuih PINJARAM tu..
letak di piring.
8)Lepas tu bule makan sdh..
Buat la knun kamu Kupi ka, teh ka , milo ka atau apa2 pun bah..yang penting HALAL. !



Taraaaa....siap sdh kuih PINJARAM kita..
Kalau di semenanjung di panggil CUCUR JAWA ni..
Di Johor ada jual ni kuih..*_*


Bah,apa lagi kamu tunggu buat la kuih ni supaya perempuan enda jadi SINGA ..
Biar perempuan comel n cute macam PANDA tiap2 hari..haha



#Still Pray For Sabah...
#Sabah For Sabahans Only.. !
*8/7 hari lagi*
20/21 M A C ?

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸ALLAH ♥ :*)

❀♥Salam Penuh Ketenangan♥❀
    ❀♥*Mawar Sharkina*♥❀
          ✿✿ ♥•RS•♥ ✿✿




Wednesday, March 6, 2013

Paham Ka ?



Kamu paham ka ?
Enda paham bah(jawab sndiri...huhu)

Kenapa bah kamu enda pandai paham ni??
Balik-balik juga di ulang....(Maaf, sekiranya terkasar bahasa..*_*)

Tutup Aurat !!!

Tutup Aurat !!!

Tutup Aurat !!!


B  U  K  A  N


Balut Aurat !!!


Balut Aurat !!!


Balut Aurat !!!


Kamu tahu ka apa beza   T U T U P    &    B A L U T ?


Situasi 1:(BUNGKUS & BALUT tu "same meaning" la )
Iqa: Afiq, cuba kau  teka aku tgh BUNGKUS apa?
Afiq: Alaaa, nasi lemak la bah.
Iqa: Aik? Macam mana kw tau oh?
Afiq: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau kw mmg jual nasi lemak..haha
Iqa: Ok2. Cuba teka nasi lemak ni byk ka sikit?
Afiq: Alaaa lgi sng. Byk la bah.
Iqa: Ha? Macam mana kw tau ni?
Afiq: Tgok bntuk & saiz la bah. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kenapatan sdh..
Iqa: Pandainya kw ni.
Afiq: Bkn aku yg pndai bah, kw  tu yg enda pndai. Haha.
Iqa: Ceh. Malas la soal.




Situasi 2:( T U T U P )
Iqa: Afiq, cuba kau teka aku TUTUP apa dgn tudung saji ni?
Afiq: Hmmm. Ikan goreng?
Iqa: Salah.
Afiq: Telur dadar?
Iqa: Salah lgi bah.
Afiq: Telur mata kerbau?
Iqa: Salah jugak.
Afiq: Periuk Nasi?
Iqa: Ish. Lgi la salah.
Afiq: Abis tu apa? Mna la aku mau tau apa yg kw TUTUP tu.
Iqa: Nasi lemak la bah. Cuba teka byk ka sikit?
Afiq: Ceh. Mna aku mau tau. Malas la jwb.

Maka pilihlah T U T U P ya kakak-kakak sekalian.... huhai

Uikkk...cuba kamu hayati knun' pantun 4 kerat ni...
Bukan aku yg buat...aku Highlight--->Copy--->Paste ja ni..
101% Dijamin Best...haha



Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis


Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung


Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ya nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat.







#Maaf sekiranya entri ini membuat sesetengah pihak terguris hati...
Peringatan untuk diri sendiri juga :)
Maaf , Maaf , Maaf :{)

#Still Pray For S A B A H
Sabah For Sabahans Only !
*14 HARI LAGI*


╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸ALLAH ♥ :*)

❀♥Salam Penuh Ketenangan♥❀
    ❀♥*Mawar Sharkina*♥❀
         ✿✿ ♥•RS•♥ ✿✿

Friday, March 1, 2013

Eksperimen SPM



Kawan-kawan sekalian sila baca dan fahami eksperimen ini ya..
(senangnya bah klau eksperimen begini)...hehe


18 HARI LAGI ....-_-
Don't Worry Be Happy Bah....^_^




Tajuk : Peperiksaan SPM

Tujuan : Untuk mengkaji hubungan diantara hari untuk menduduki peperiksaan SPM dan perasaan para pelajar [1m] ✔
...

Hipotesis : Semakin bertambah hari untuk menduduki peperiksaan SPM,semakin bertambah perasaan para pelajar [2m] ✔


Pemerhatian : Pelajar-pelajar semakin takut dan cemas [1m] ✔


Inferens : Kerana SPM sudah dekat [1m] ✔


Pembolehubah dimanipulasikan : Bilangan hari [1m] ✔


Pembolehubah bergerak balas : Jenis perasaan para pelajar [1m] ✔


Pembolehubah dimalarkan : Soalan SPM [1m] ✔


Definisi secara operasi bagi SPM : SPM ialah peperiksaan yang menunjukkan bahawa perasaan para pelajar [2m] ✔


10/10 ✔(Yeah...Alhamdulilah)




Tajuk : Keputusan SPM


Tujuan : Untuk mengkaji hubungan diantara hari untuk mendapat keputusan SPM dan perasaan para pelajar [1m] ✔


Hipotesis : Semakin bertambah hari untuk mendapat keputusan SPM,semakin bertambah perasaan para pelajar [2m] ✔


Pemerhatian : Pelajar-pelajar semakin takut dan cemas [1m] ✔


Inferens : Kerana keputusan SPM sudah dekat [1m] ✔


Pembolehubah dimanipulasikan : Bilangan hari [1m] ✔


Pembolehubah bergerak balas : Jenis perasaan para pelajar [1m] ✔


Pembolehubah dimalarkan : Hari mendapat keputusan SPM [1m] ✔


Definisi secara operasi bagi SPM : Keputusan SPM ialah sijil yang menunjukkan kejayaan para pelajar [2m] ✔


10/10 ✔(Yeah...Alhamdulilah)



Kawan-kawan sekalian sebelum ambil Result SPM (20 Mac ni )...

Baca la doa dgn seikhlas hati ya...

""Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, Kau berikanlah hamba mu ini keputusan yang cemerlang untuk SPM 2012. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah.Setidak2nya engkau berikanlah aku apa yang aku ingini & mampu membuat kedua ibu bapa ku tersenyum .Ya Allah & janganlah engkau berikan kegagalan. Aku berserah kepada MU ya ALLAH..
Aamiin Ya Rabbal Ala' amin.""



 
Baca al-Fatihah (1 kali)
Ayat kursi (1 kali)
Surah Al-Ikhlas (7 kali)
Surah Al-Alaq (3 kali)
Surah An-nas (3 kali)
Sebagai Muslim...mulakn perjalanan ke sekolah dengan kaki kanan..
In Shaa ALLAH kejayaan mlik kita semua bah...
Aamiin...

Dan satu lagi(sebelum aku terlupa)..
malam sebelum ambil result tu aku syor kan buat la solat hajat 12 rakaat 6 salam...
bacaan macam biasa...bacaan yg sama dlm setiap rakaat..
(Maksudnya= Setiap rakaat pertama = Al-Kafirun...
Setiap rakaat kedua = Al-Ikhlas)
(Mehmed)





Result SPM 2012...(Bertrip dlu bah)
Harap-harap begini la result ku...
Aamiin...

Ok...itu sja la utk hari ini...
Doakan la kami ya Batch 1995..*_*



╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸ALLAH ♥ :*)

❀♥Salam Penuh Ketenangan♥❀
    ❀♥*Mawar Sharkina*♥❀
          ✿✿ ♥•RS•♥ ✿✿